Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya serta atas kerestuan dan hidayahNya, saya telah hamper berjaya menyiapkan sebuah kisah berbentuk sejarah, yang mengisahkan seorang budak Cina dari sebuah keturunan Tanah Besar China telah dengan berani dan penuh tekad, berhijrah jauh dari kampong halamannya untuk mencuba satu pembaharuan hidup di Malaya.
Kisah keturunan ini adalah benar mengikut pengetahuan saya dan tidak ada tokok tambahnya, malahan saya sebagai seorang manusia biasa hanya mampu mengingati dan mentintakan ingatan ini ke atas kertas putih ini.
Jadikan lah cerita ini sebagai satu semangat, satu pedoman dimana seorang kanak-kanak mempunyai keberanian untuk merantau, jauh dari kaum keluarga dan sanak saudara demi untuk memantapkan generasinya. Jadikan lah ia sebagai ikhtibar untuk keturunan seterusnya untuk mempunyai keberanian seperti yang moyang kita telah tempuhi.
Moyang kita pada asalnya adalah seorang yang beragama Bukan Islam. Namun, atas kehendak Allah Subhanahu Wataala, maka beliau dengan rela hati telah memeluk agama Islam di usia dua puluhan. Maka, saya ingin memperingatkan diri saya dan kesemua keturunan Ho Sam, pertingkatkanlah keislaman kita, jagalah keIslaman hingga keakhir hayat. Jangan disia-siakan ISLAM kita.
Satu permintaan ikhlas dari saya. Jadikanlah hasil tulisan saya ini sebagai panduan keturunan kita. Jika berkemampuan, sambungkanlah cerita ini berbentuk tulisan dengan menambah perkataan “SAMBUNGAN SATU” dan seterusnya. Biarlah keturunan kita tahu siapakah diri kita yang sebenarnya.
Akhir sekali, sedekahkan lah surah suci AL-FATIHAH kepada teraju keturunan kita. Air dicincang tidak akan putus.
Daripada OTHMAN HJ HASSAN : Mula meninta sejarah ini pada 24.09.2006 bersamaan 1 Ramadhan 1427.
bgs salasilah keluarga Ho Sam nih..sekurang-kurangnya kita tau asal usul keturunan kita..kl ade info lagi tambah2 la pada blog matyatimgeneration ni ye..he3..
ReplyDeleteemmm tahniah kpd paklong sebab rajin buat blog ni,sekurang kurangnya generation baru kita ni tahu asal usul kita dan tima kasih kpd paklong yang rajin hehehehe
ReplyDeletezalina : kalau ada info for your family...just email to me....at matyatim@ymail.com...(editor)
ReplyDelete